Pentas Anak Wayang

Hari ini, dengan semangat Pentas Anak Wayang, aku ingin berlakon. Aku ingin melakonkan watak sahabat baik aku di suatu masa yang tak berapa lama dahulu.

Babak 1
Ofis K (bukan nama sebenar)
Tatkala aku sedang khusyuk menghadap monitor 24 inci, yang sedang memaparkan hasil anak2 buah ku untuk ku teliti dan komen sebelum menjadi tatapan anak2 kecil dan orang tua bejiwa muda di Brazil sana, telefon berkamera ku tiba-tiba mengambil keputusan untuk menyanyi. Skrinnya pula menunjukkan nama Lizzam. Hai, ingat ada awek nak mengurat. Kecewa betul.

“Assalamualaikum” Kedengaran suara dia sayup-sayup. Mesti dia guna Handsfree ni.

“Waalaikumsalam. Apa cer?”

“Kau tangah kerja ka ni?” Mula dah dia buat loghat Sabah. Aku pun mana boleh kalah. Tercabar kelakian aku.

“Auk, bah. tangah kerja ni. Apa mahumu?”

“aku dengan opismet aku ni mau ke tampat kau ni. Mau makan Ani Sup Utara. Bah, mau ko join kami?”

“Aku puasa la.”

“Oh ya. Bulan Rejab..”

Selang dua, tiga ayat wajib penutup bicara kemudian, dia letakkan telefon (tipu. Dia cuma tekan butang End Call saja. Handphone mana boleh letak balik atas gagang). Aku pun teruskan kerja.

Waktu rehat. Aku sedang dilanda ombak kebosanan di opis, yang rata-ratanya membuat aktiviti-aktiviti konstruktif seperti tidur di surau, bukak Facebook, atau berbual-bual kosong. Makanya aku pun menyambar telefon berkamera aku dan membuat panggilan kepada Lizzam tadi. Nyaman juga kalau berbual-bual manja di kala tengahari yang panas macam ni sambil mengusya awek korporat.

Babak 2
Restoran Ani Sup Utara (nama sebenar)
Sampai saja di meja makan, Lizzam menyapa aku. Boleh pula aku tak perasan mamat ni melambai-lambai pada aku. Kalau aku tak layan mesti dia akan dilanda kemalu …eh… keaiban. Tak pasal-pasal aku hilang kawan nati.

Tiba-tiba aku berasa semacam. Perasaan yang menjadi perasaan default aku sejak pagi sudah berubah. Aku sudah mula mencongak2. Ah! aku tak kira. Aku nampak dah awek yang aku rasa boleh melayan nafsuku. Lantas, aku terus mengangkat tangan dan memanggilnya ke meja. Tak Romeo lah kalau aku yang nak kena pergi kat dia.

Setelah bercakap lebih-kurang, awek tadi berlalu pergi. Dalam setting macam tu tak boleh la nak cakap lama2.

Tidak lama selepas itu, awek tadi datang balik, dan membawa sepinggan nasi, sup daging, dan air limau ais.

Lalu aku dan Lizzam pun secara berjemaah membaca doa bukak puasa. Hari itu aku tak jadi nak berpuasa Bulan Rejab.