Guano Nih?


Aku dah tertekan ni. Sampai rasa nak berblog tanpa hala tuju. Biar saja jari ni menaip. Kemana jari menaip, di situ korang membaca.

Malam ni mengajar. Apa la aku nak kelentong budak-budak tu nanti. Harap-harap la ada yang macam Diana Danielle ke, Sari Yanti ke. Jangan suma muka nak gigit aku, sudah lah. Kalau perempuan, tak apa.

Selain tu ada jugak la projek aku yang tak siap-siap lagi ni. Cuak jugak aku. kalau tak siap, terjejas la kredibiliti aku. Nak tarik diri, duit dah ambil, dah abis dah pun.

Tadi bos kasi slip gaji. Aku tengok sedih je. Pasal dari banyak-banyak angka ada dalam tu, sekarang dah tinggal 2 angka. Itu pun selepas titik perpuluhan.

Alamak, bos dah panggil. Ada projek baru la ni. Mari sambung berpura-pura sibuk.

*Guano bukan bermaksud tahi, tapi ‘Lagu Mana’ atau bagaimana dalam loghat Pantai Timur. Tapi, dalam kes ni, macam sesuai jugak la.


3 responses to “Guano Nih?”