Lagu Kahwin Yang Haram

Minggu lepas kita diberitakan tentang sebuah lagu Agnes Monica yang diminta untuk diharamkan kerana penggunaan perkataan yang tidak sesuai.

Tapi aku tak nak bercerita tentang agama dan moral.
Cuma aku pantang bila dalam kenduri kahwin, aku dengar lagu-lagu yang tak sesuai. Di bawah ni ada senarai lagu-lagu yang aku rasa patut diharamkan oleh semua DJ-DJ orang kahwin.
In no particular order (tapi yang paling pantang bagi aku adalah yang no 1):
Tenda Biru – Desy Ratnasari
Ku Tunggu Jandamu – Irwansyah
25 Minutes – Michael Learns To Rock
Yang Terlewatkan – Sheila On 7
Sayang Sayang – Aliff Aziz
Kekasih Gelapku – Ungu
Jika Itu Yang Terbaik – Ungu
Bukan Diriku – Samsons
Madu 3 – P. Ramlee punya atau Ahmad Dhani punya
Melepaskanmu – Drive
Ni baru sikit. Aku rasa ada banyak lagi. Harap para DJ dan pengantin bolehlah search dulu lagu-lagu yang akan dimainkan di hari bahagia, supaya tidaklah kelihatan (atau kedengaran) macam DJ tu kecewa tak dapat kawhin dengan pengantin perempuan/lelaki.
Time aku nanti entah macamana pun aku tak tau. Nak selamat pakai lagu patriotik je. Roy pun duduk Klang jugak.