Ramai orang melenting kerana berita kemungkinan gajet dibenarkan di bawa ke sekolah.
Ada yang memberi sebab rasional, seperti akan wujudnya gadget envy antara orang yang tak mampu dan akan bertambahlah kes kecurian, ada juga yang terus mengaitkan keputusan ini dengan kes pembuangan bayi dan penjualan tubuh. Tak kurang juga yang menjadikan ini modal untuk menghentam kerajaan.
Aku berada dalam bidang IT, jadi pendapat aku mungkin sedikit bias. Aku sebenarnya menyokong perkara ni, dengan syarat. Antaranya adalah:
1. Kesediaan cikgu-cikgu untuk mengawal selia pelajar yang membawa gajet ini. Gajet seperti telefon bimbit kini makin menjadi keperluan. Tapi perlulah dikawal selia oleh penjaga.jangan sampai di salah guna. Contoh salah guna adalah penggunaan peribadi semasa kelas, kecurian, ugutan, dan lain-lain. Cikgu juga haruslah lebih celik IT.
2. Hanya pelajar sekolah menengah, buat masa ini. Buat secara berkala. Pelajar sekolah menengah lebih matang dan bertanggungjawab terhadap gajet mereka. Ini dapat mengurangkan kes kecuaian di mana pelajar sekolah rendah tidak semuanya tahu akan nilai sebuah gajet.
3. Sekat penggunaan di luar waktu yabg ditetapkan. Ini mungkin agak drastik, tapi apa kata mana-mana sekolah yang hendak membenarkan gajet menyekat semua isyarat selular termasuk broadband (Malaysia sudah mempunyai teknologi menyekat isyarat selular, seperti yang digunakan semasa demonstrasi Bersih 2.0 tempohari). Buka sekatan semasa rehat dan habis sekolah. Namun sediakan akaun wifi kepada pelajar yang perlu di iringi dengan username dan password. Dengan ini penggunaan internet untuk pembelajaran tidak disekat dan dapat dipantau. Mungkin ini terlalu kompleks untuk sekolah luar bandar, tapi kebanyakan sekolah yang ramai pengguna gajet berada di bandar dan kesedaran IT mereka ini agak tinggi.