Kalau Harga Kereta Dah Murah Nanti…

Kalau kerajaan (sedia ada atau yang baru) berjaya turunkan kos pemilikan kereta (kurangkan kos AP, cukai, dan lain-lain), aku nak cadangkan tempoh pemilikan dihadkan ke 7 tahun untuk kereta baru, dan kereta yang lebih tua wajib diperiksa di Puspakom dan dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi. 

Sebab secara umumnya kereta baru lebih selamat dari kereta lama (peningkatan teknologi keselamatan). Bukan saja dari Passive Safety (crumple zone, bahan yang lebih lembut pada dashboard, rekaan yang lebih selamat untuk pemandu/penumpang dan pejalan kaki, seatbelt with pretensioner, ISOFIX,), tetapi jugak Active safety yang tak banyak ada di kereta lama (airbag, auto unlock, pengesan pemandu tidur, auto braking, ESP, dan lain-lain). kebanyakan ciri-ciri ini terdapat dalam kereta-kereta mewah dulu-dulu, kini menjadi standard untuk kereta-kereta rakyat marhaen.

Jadi apa nak buat dengan lambakan kereta lama ni ye? Untuk 5 tahun pertama perlaksanaan ni, pengeluar kereta tempatan boleh menawarkan trade in utk kereta melebihi 10 tahun dengan nilai maksima RM 5000. Lepas jugalah downpayment untuk kereta kelas A dan B. Kereta yang di beli pula bolehlah dilupuskan untuk mendapatkan besi dan apa2 bahagian yang boleh digunasemula. 

Tapi mesti penjual kereta second hand rugi,kan? Tak jugak. Kereta second hand wajib diperiksa di Puspakom sepanjang tempoh pemilikan, dan hanya mendapat pelepasan/cukai kereta lama/antik selama 2 tahun. Selepas tu di kira sama la kos pemilikan macam guna kereta lama.

So, dengan ini, kerisauan beberapa pihak dapat diatasi, tapi akan timbul juga kerisauan baru. Bagi pengeluar kereta, mereka akan dapat steady stream sebab ramai akan menukar kereta dengan lebih kerap. Bagi pemandu, anda boleh mendapat kereta yang lebih baik setiap 7 tahun, dari segi prestasi, dan keselamatan. 

Cuma ada yang akan mengeluh kerana akan berhutang tanpa henti untuk memiliki kereta. Tak semestinya juga. yang naik hanyalah cukai, dan tidaklah sama seperti membayar ansuran bulanan kereta baru. Cuma agak mahal lah terutamanya insurans dan kos pemeriksaan Puspakom. Mungkin sama dengan 80% jumlah ansuran kereta setahun (menggunakan satu harga asas). Golongan yang paling terasa adalah golongan warga emas di luar bandar.

OK tak?