Lif Jiwa Kacau


Senario di stesen LRT.

Sekumpulan remaja menunggu lif. Sepasang suami isteri dengan anak mereka dalam stroller di belakang.

Bila lif tiba, kumpulan remaja pun masuk. Tiba giliran suami isteri tadi, tak muat.

“Tak apalah sayang, kita utamakan yang kurang upaya dulu” ujar si suami.

Hari itu sekumpulan remaja menaiki lif dengan perasaan jiwa kacau.