Uncle, itu cerita Chee Hua Hua ada ka?”

“Chee Hua Hua? Cerita cina ka? Ip Man ada la..”

“Bukan la uncle. Itu depan ada gambar anjing punya..”

“Ooo… itu Beverly Hills Chihuahua (sila sebut chee-WOW-wä) ka?” Tiba-tiba apek tu bertukar menjadi awek cun berbaju kemeja putih, vest hitam, dan rambut ponytail.

“Cerita ni? Saya suka! Suka sangat!”

* Aku ternampak iklan Beverly Hills Chihuahua dalam akbar, tapi, berbeza dengan iklan asal di US (selain menggunakan Bahasa Melayu), ada cara sebutan chihuahua (chee-WOW-wä) ditambah di bawah tajuk. Mungkin ramai orang Malaysia yang tak tau apa itu chihuahua (sejenis anjing kecil), kerana bila Hot FM Viva Zoomers tanya haritu pun, aku je yang jawab betul. yang lain blur je.

Oh ye, mana tiket aku wahai Hot FM??!!