Aku hairan. Seolah-olah satu kewajipan untuk akhbar-akhbar di Malaysia untuk menceritakan perubahan sikap mangsa,
apabila beliau meninggal dunia. Tak kiralah kalau mangsa mati akibat kemalangan, atau kerana penyakit.
Mungkin ada benarnya. Mungkin kita akan nampak perbezaan sikap seseorang itu pada saat-saat terakhirnya, tapi yang
aku hairan, kenapa semua akhbar seolah-olah menjadikan isu ini satu kewajipan dalam setiap laporan? Tak kira lah
akhbar Melayu seperti Utusan, dan Berita Harian, atau Inggeris, seperti The Star (akbar Inggeris yang aku baca,
bahasa lain aku tak baca pula).
Tambah pula kalau akhbar tabloid. siap ada artikel khas oleh penulis yang berbeza. Mungkin mereka mengamalkan amalan berkongsi cerita.
Aku tahu, perkara itu (buang tebiat) memang selalunya terjadi. Tapi takkan la sampai jadi official format untuk penulisan berita. agak ridiculous.
Comments
2 responses to “Buang Tebiat”
Ic3dLatt3 : well…ada byk lagi menda yang derang leh tulis. tak ada idea kot?
yap.. walaupun memang benda tu berlaku, tak semestinya digembar-gemburkan kan..
some things are meant to be left unsaid..