Bila Kau Nak Kahwin?

Hari ini seorang lagi sepupu aku jemput aku ke majlis perkahwinan dia. Erm… sebenarnya yang datang mak dia dan abang dia, pasal dia sibuk, tapi tak apalah. Asalkan jemputan tu ikhlas.

Tapi, dalam situasi macam tu dan yang serupa dengannya, maka tak lengkaplah kalau tak ada soalan maut peringkat dewata raya peringkat ke lapan:
“Bila kau nak kahwin?”
Tahun lepas, jawapan piawai aku adalah: “Saya dah ambil nombor dah tapi giliran tak sampai-sampai lagi.”
Tahun ni, secara rasminya aku umumkan bahawa jawapan piawai aku adalah: “Saya nak tunggu anak-anak/cucu-cucu sedara dah cukup ramai. Senang, nanti kenduri tak payah panggil katering.”
Okay tak?