Alfatihah…Yasmin AHmad telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11.35 malam semalam (25 Julai 2009). Malaysia kehilangan seorang lagi rakyat Malaysia yang telah membawa filem Malaysia ke tahap yang tidak tercapai sebelum ini..
Al-Fatihah
Sekarang dah pukul 12.39, 24 Julai. Update terkini yang aku terima adalah seperti ebrikut:
18.30 – Jaclyn Victor memberitahu Jawa Rangers dalam Hot FM bahawa Yasmin telah di bawa ke Pusat Perubatan Pakar Damansara, dan sedang dibedah.
20.00 – Buletin Utama melaporkan bahawa mungkin Yasmin sedang menjalani beberapa pembedahan, sejak beberapa jam yang lalu. Turut dimuatkan temubual bersama seorang doktor yang pertama merawat Yasmin di tempat kejadian dan Datuk Siti Nurhaliza yang membantu beliau.
22.00 – Akhbar-akhbar Utusan Malaysia, The Star dan Harian Metro melaporkan Yasmin dalam keadaan stabil, tapi belum sedarkan diri. Ada kemungkinan dia diserang angin Ahmar
Laporan dari The Star.
Baru saja aku nak Publish artikel ni, Utusan Malaysia telah menulis berita ini.
Aku baru mendapat berita bahawa Yasmin Ahmad, pengarah filem – filem kontroversial tapi mendapat banyak anugerah di luar negara seperti Talentime, Mukhsin dan Sepet, telah meninggal dunia di Sri Pentas, Bandar Utama.
Namun, selepas itu saya mendapat berita terbaru bahawa dia masih hidup, tetapi dimasukkan ke ICU, kemungkinan besar di sebuah pusat perubatan pakar di Damansara
Aku akan cuba mencari maklumat yang terkini dan sahih tentang ini.
Marilah kita berdoa, agar dia sihat semula, atau Industri perfileman Malaysia akan menghadapi hari yang gelap, memandangkan dia adalah (betulkan jika saya salah) pengarah Malaysia yang paling banyak memenangi anugerah antarabangsa, walaupun agak tidak disenangi oleh sebilangan orang di tanah air.