Hana Yang Tak Ada Kerja Mengetag Aku Sekali Lagi

Aku malas nak buat tapi disebabkan kesengalan (literally and figuraively) melanda, aku buat la sebelum tido. Lagipun nanti “pemberi Award” ni akan membuat gangguan teksual selagi aku tak buat…

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini

  1. Suka sentuh pipi bila terasa diri dia comel.
  2. Obses kepada perut, dulu perut sendiri sekarang perut tunang.
  3. Masa kat U aku tak tau nama dia apa. Dah keluar U baru macam nak rapat. Tapi dia tetap rasa dia popular.
  4. Mempunyai kulit yang kejap sawo kejap cerah dalam gambar.
  5. Masa kenduri Liza dia call aku tapi guna nombor yang aku tak kenal. Aku selamba je borak dengan dia walhal aku tak cam sapa dia (tapi boleh agak la). Tapi dia sanggup tunggu aku dan makan bertambah-tambah hari tu maka aku respek dan sayang dia.
Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
  1. Memakai cermin mata berkuasa 4 angka.
  2. Sering berkhidmat dengan Jabatan Bomba ketika musim jerebu untuk memanggil hujan di pusat-pusat karaoke terpilih.
  3. Mempunyai pusat karaoke persendirian di dalam kereta. Setakat ini mempunyai pelanggan tetap seramai 5 orang termasuk diri sendiri
  4. Tak suka memuji diri sendiri tapi suka menyuruh orang lain memuji diri ini. hah!
  5. Tak suka buat tag macam ni tapi sayangkan member punya pasal.

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

  1. Tengok wayang
  2. Tengok awek cun
  3. Ngorat awek cun
  4. Baca blog orang lain yang kelakar. Tak pun baca blog sendiri.
  5. Google nama sendiri sekali sekala.

5 orang penerima tag yang seterusnya

  1. kalau
  2. aku letak sini pun
  3. tak sampai 5 orang pun
  4. yang baca blog ni..
  5. huhu

Comments

2 responses to “Hana Yang Tak Ada Kerja Mengetag Aku Sekali Lagi”

  1. cis! aku lupa nak bagitahu yang tu no.hp aku yang kedua, pulak tu dah aku lupa nak kenalkan diri masa tepon ko masa kenduri liza tu,