Kita Tak Perlu FRU Lagi


Lepas ni kita tak perlu panggil FRU lagi. Panggil je pakcik naik kuda ni.

BUKIT MERTAJAM: Ketika berlaku kekecohan di pusat mengundi Kubang Semang di sini semalam, kehadiran seorang lelaki warga emas yang menunggang kuda ala koboi dengan bersahaja melalui jalan raya sibuk itu menyebabkan orang ramai terpegun seketika.

Kelibat warga emas berusia 60-an itu tiba-tiba muncul dengan menunggang kuda berwarna perang dengan agak laju, ketika kenderaan lain terkandas dalam kesesakan lalu-lintas berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang di sini.

Pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat itu menyebabkan kumpulan penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu membuat bising termasuk orang ramai dan kumpulan media terdiam seketika.

Lebih menarik, lelaki itu menunggang kuda dengan laju dari arah Tanah Liat di sini dengan memakai kain pelekat hijau, baju Melayu ungu dan kopiah hitam.

notadikakipos: Kadang-kadang kita lupa betapa kita ini sama saja sebenarnya.

,

One response to “Kita Tak Perlu FRU Lagi”