Boikot

Kalau bulan ini kita bersungguh-sungguh memboikot sesuatu produk, sehingga menyelar pihak2 yang tidak sama memboikot bersama kita, apa hukumnya bila kita mula hilang rasa bersungguh-sungguh dan menjadi pelanggan peroduk tersebut sebulan kemudian?

Terfikir isu ini bila ada rakan-rakan yang memang tegar memberi sokongan kepada Palestin dan membantah tindakan Zionis, dan ada juga yang tegar membantah tindakan kerajaan Syria. Sejak saya kenal, sehingga kini.

Tapi macam mana pula yang mengikut kerana itu pendapat popular, dan bila pendapat itu kurang popular, kembali seperti dulu-du;u? Walhal semasa pendapat itu popular, dialah antara yang paling lantang menyelar orang yang tidak turut memboikot dengan ayat-ayat sinis dan kutukan pedas. Ini bukan kali pertama McD, Starbucks di boikot. tapi jarang boikot itu lebih dari sebulan.

Aku sangat-sangat berharap kepada yang ikhlas boikot produk berkaitan Zionis, agar teruskan dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Kalau anda percaya sesuatu, takkan dalam sebulan saja dah goyah pendirian itu.

Memang la membuat sesuatu yang kecil lebih baik dari tak buat apa-apa. tapi biarlah perbuatan kecil itu berterusan. Kalau tidak itu hipokrit namanya.

Dan kalau sekarang anda lantang bersuara tentang boikot, dan sebulan kemudian anda post di Facebook/twitter anda beli/teringin produk tersebut, aku akan cari di timeline anda dan post sebagai reminder. Manalah tahu anda terlupa.