Seorang sahabat bertanyakan satu soalan di Facebook, tentang persamaan dan perbezaan antara Doraemon, Dragonball, Sailor Moon, Ben 10, dan BoBoiBoy.
Mulanya soalan ni nampak biasa je, tapi bila difikirkan, ada satu persamaan yang aku tak gemar bila baca komik/tonton rancangan mereka ni: terlalu bergantung dengan watak utama.
Maksud aku, kalau di buat satu episode tanpa watak utama (contohnya Dragonball tanpa Son Goku, BoBoiBoy tanpa BoBoiBoy, dan Doraemon tanpa Doraemon dan Nobita), apa akan jadi dengan episod itu? adakah dia akan hambar?
Aku lebih menggemari siri yang mempunyai variasi watak-watak yang kuat. Jika dibuat tangent episode (episod yang lari sekejap dari jalan cerita utama) mengenai mana-mana karakter sampingan, adakah ia tetap menarik?
One Piece dan X-Men adalah contoh siri yang mempunyai watak yang pelbagai dan setiap satunya kuat dan boleh berdiri dengan sendirinya. Masing-masing ada kekuatan, kisah lampau, dan peminatnya yang tersendiri.
Zaman sekolah dulu pun, aku mengumpul Misteri Naga, atau Dragon Quest. Aku masih baca Dragonball, tapi aku pinjam kawan punya sahaja. Dragon Quest mulanya menumpu kepada protagonis utama, Dai, tapi tidak melupakan watak lain. malah, tanpa Pop, Maam, Hyunckle, malah Leona, pasti Dai tidak akan berjaya mengalahkan musuh utamanya. Mereka bekerjasama.
Sebenarnya tak ada point pun post ini. Sekadar nak berkongsi tentang komik kegemaran aku dulu, dan kenapa aku suka komik begini. Mungkin aku lebih sukakan konsep teamwork, berbanding bergantung kepada satu watak utama sahaja untuk menang.
Comments
One response to “Watak dan Komik”
Hihihi diskusi yang bagus