A Wedding Out Of The Blue


Congratulations PM. On becoming a newlyweds again, and to manage to hide something like this so well. At least for me. And I’m trying not to speculate anything here.

Straight from the horse’s mouth:

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA
MENTERI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne
Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428
Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan
merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima
pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa
hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan
Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan
Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang
anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan
dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

source: Jabatan Perdana Menteri

,