Kenapa Aku Masuk Bidang IT?

Ada orang tanya, kenapa aku masuk bidang IT. Aku tak kata keratan akhbar di bawah ni adalah punca aku masuk bidang IT, tapi sekurang-kurangnya aku ada sebab kukuh mengapa aku mahu kekal dalam bidang ini.

Pakar IT paling hebat seks (Kosmo, 22 Mei 2009)
LONDON – Satu tinjauan melibatkan 2,000 pekerja pelbagai sektor di Britain mendapati pakar komputer merupakan pasangan seks terbaik, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian melibatkan pekerja lelaki dan wanita itu mendapati pakar komputer tidak mementingkan diri sendiri, paling gemar meneroka dan kerap menggunakan alat permainan seks ketika bersama pasangan mereka. Sebelum ini, golongan lelaki yang bekerja di sektor teknologi maklumat (IT) dianggap sebagai selekeh dan tidak romantis.
Bagaimanapun, tinjauan terbaru itu mendapati 82 peratus pekerja sektor berkenaan lebih mementingkan keperluan pasangan mereka manakala 78 peratus golongan tersebut gemar menggunakan alat permainan seks di ranjang.
Keputusan tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dicatat pekerja sektor lain. Paling memeranjatkan, tinjauan sama mendapati mereka yang bekerja di dalam industri kecergasan didapati lebih mementingkan keseronokan diri sendiri berbanding pasangan mereka.
Bagaimanapun, golongan itu didapati paling kerap melakukan hubungan seks diikuti pekerja pejabat manakala pekerja sektor IT mengekori pada kedudukan ketiga. – Agensi 
Mungkin juga perkara ini ada kaitan dengan betapa hampirnya pakar-pakar IT dengan Internet. Itu tak termasuk lagi Network Admin yang block akses orang lain ke sesetengah laman web tapi dia sendiri boleh pergi ke semua tempat itu. Tempat apa? Lu pikir la sendiri…

Comments

3 responses to “Kenapa Aku Masuk Bidang IT?”

  1. sempoi r brader! boleh pulak cam tu eh?..

  2. dJ : tapi kita tak jugak2 dapat nak kawin kan?

  3. alamak! pecah rahsia! 🙁