Hidup Umpama Roda, Kadang Di Atas, Kadang Di Bawah, Kadang Pancit

Pada tahun 2005, selepas kenduri kahwin seorang sahabat, seorang lagi sahabat yang sama-sama datang mengalami tayar pancit. Setengah jam jugaklah kami nak tukar tayar spare. Nasib baiklah ada pakcik ni tolong ajar macamana nak tukar tayar dengan cara yang cekap, efisien, dan bermodal insan.

Photo0069

Harini, setengah dekad selepas insiden tersebut, giliran tayar kereta aku pulak yang pancit. Cuma, kali ni, aku menukar tayar secara solo, tidak lagi berduet. Cuma pengalaman menukar tayar secara berduet feat pakcik baik hati itu banyak mengajar aku. Walaupun bukan kali pertama (sebelum ni ada jugak kereta aku pancit. Biasalah. Kalau hari-hari perjalanan mencari rezeki lebih 2 marhalah, risiko benda macam ni terjadi agak tinggi.).

Apa yang aku nak cakap sebenarnya adalah, masa aku tukar tayar sorang-sorang tadi di tepi jalan yang sibuk dengan kereta-kereta yang lalu lalang sambil berfikir “kesian mamat ni, tapi kalau awek memang aku berhenti tolong…”, aku rasa bersyukur sangat-sangat. Kalaulah aku tak berpeluh-peluh pakai baju lawa-lawa tolong kawan aku dulu, mesti aku dah terkapai-kapai nak tukar tayar sorang-sorang sekarang.

Photo0070

Tapi, aku masih panas hati dengan sekeping besi yang entah macamana boleh masuk dalam tayar aku ni. Tak pasal-pasal aku puasa awal tahun ni…

 

p/s: Jari yang manakah tidak hitam lepas tukar tayar,kan?