Update: Dah clash dah. Hasil tekanan akibat kutukan dan kritikan ribuan warga internet. Adakah ini termasuk dalam cyber-bullying? Harap apa yang terjadi jadi iktibar kepada yang jadi mangsa dan yang seronok menjadi pemangsa.
Sebenarnya aku hairan dan kelakar bila ramai rakan-rakan Facebook aku menyebarkan video ini. Ada sesetengahnya mengecam dari sudut agama (ini bagus, tapi ada juga yang emosi semasa mengecam, itu tidak bagus), tapi kebanyakannya mengecam ayat “bersama selamalamalamalamanya” sedangkan mereka baru “bercinta” seminggu.
Tengok video penuh di bawah.
Ok, aku bukan nak pertahankan apa ayat budak ni. Tapi bila banyak orang yang mengecam, walhal mereka sendiri menyokong secara tidak langsung, tidakkah hipokritikal? (bukan badak air kritikal tapi seperti kata pepatah paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih)
Kalau anda tidak percaya budak perempuan ni dan orang yang mengecam budak ni sama je perangainya, lihat bukti di bawah:
Ramai di antaranya minat dengan lagu2 jiwang Melayu. Tengok lirik saja dah tahu orang kita ni memang suka menokok tambah kasi sedap cerita. Lihat lirik lagu lagenda ni:
Fantasia Bulan Madu – Search
Demi cintaku pada mu / Ke mana saja kan ku bawa / Ku hujung dunia ke bintang / Kejora.Demi cintaku padamu / Kukorbankan jiwa dan raga / Biar pun harus ku telan / Lautan bara
Ke hujung dunia? Bumi ni lebih kurang bulat rupanya. tiada hujung. kalau nak hujung, kenalah keluar angkasa. Dato’ Sheikh Muzaffar je orang kita yang boleh cakap ayat ni sebagai fakta. Tapi dia pun pergi seorang je.
Nak pergi bintang kejora? bintang paling hampir adalah Matahari. Pergilah situ dulu, training. itu pun kalau sempat sampai sebelum hangus.
Lautan bara? Mungkin maksud dia lava. Ya, dulu-dulu orang beri sembahan kepada lava untuk Dewa-dewa mereka, kini kita menawarkan diri untuk minum lava demi cinta.
Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Semakin ku sakit / semakin kau bahagia / Mengapakah aku jadi lemah / Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu