Haritu ada terbaca tentang “Pembunuh sebenar Dracula”, yang menceritakan bahawa tentera Turki yang telah mengalahkan Vlad the Impaler, diktator yang dikatakan menjadi sumber inspirasi karakter Dracula (setelah Bram Stoker mati, anaknya Irving Stoker telah menafikan kaitan ini). Secara teknikalnya, Dracula yang kita kenal sekarang tidak sama seperti Vlad, setelah imej dan karakternya diubah oleh Stoker.
Namun, ada satu lagi cerita yang ramai tak perasan persamaannya. Eaters of the Dead adalah sebuah novel karya Michael Crichton yang telah diterbitkan pada 1976, berdasarkan manuskrip Ahmad ibnu Fadlan pada AD 922. Ia menceritakan perjalanan Ibnu Fadlan ke Eropah dah bagaimana dia terlibat dalam satu pengembaraan bersama Buliwyf. Buku ini telah dijadikan filem (sebagaimana kebanyakan novel Michael Crichton) dan diberi judul 13th Warrior, lakonan Antonio Banderas (kecoh sekejap masa tu bila Banderas ucap Kalimah Shahadah dalam filem ini.)
kalau nama Buliwyf tu nampak macam familiar, sebab ia juga ada lah orang yang sama dikisahkan dalam filem animasi Beowulf (2007), yang ramai mungkin ingat kerana teknologi facial capturenya atau imej Angelina Jolie sebagai ibu Grendel yang seksi.
Bezanya, Eaters of the Dead (dan 13th Warrior) dan Beowulf memilih sumber berbeza dalam jalan ceritanya. 13th Warrior mengikut jalan cerita berdasarkan manuskrip Ibnu Fadlan, manakala Beowulf mengikut lagenda tempatan yang lebih mistik.
Ada kebenaran disebalik lagenda, dan kadang2 elemen2 mistik ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.
Eaters of the Dead (ISBN: 0-394-49400-8)
http://en.wikipedia.org/wiki/Eaters_of_the_Dead
Michael Crichton
http://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Crichton
Ahmad ibn Fadlan
http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmad_ibn_Fadlan
13th Warrior (1999)
http://www.imdb.com/title/tt0120657/
Beowulf (2007)
http://www.imdb.com/title/tt0442933/
No, Bram Stoker Did Not Model Dracula On Vlad The Impaler
http://io9.com/no-bram-stoker-did-not-model-dracula-on-vlad-the-impal-1648969679