Teman Tapi Mesra

Aku kena tag dengan Hana, pasal Teman Tapi Mesra (TTM). Soalan dia adalah batasan-batasan bila dah jadi TTM. Dia letak 10, walhal aku rasa aku ada sikit je. Tak apa, aku cuba jugak.

  1. Hubungan kena jelas. Jangan kata “kita TTM” tapi cemburu bila aku keluar dengan teman perempuan yang lain. Aku jugak tak akan kisah kalau dia nak keluar dengan siapa-siapa.
  2. Jangan tanya nak couple atau tak, melainkan betul-betul nak naik taraf jadi pasangan.
  3. Kalau dah naik taraf jadi pasangan, tapi kena turun taraf balik jadi TTM, sila sedar status anda. Tapi kadang-kadang aku fail jugak tang ni.
  4. Jangan kongkong aku. Ada beza antara jaga aku, dan kongkong aku.
  5. Aku tak kisah nak jumpa mak bapak TTM aku tu, tapi jangan pulak diaorang salah anggap hubungan kami. Kawan tetap kawan, walaupun kami mesra. Ramai ibu bapa yang tak boleh terima kenyataan ni.
  6. Jangan berharap yang aku akan layan sepertimana aku layan seorang kekasih, walaupun hakikatnya aku akan cuba. Cuma kadang-kadang aku cuma mahukan kawan di sisi.
  7. Aku akan beri kebebasan kalau TTM aku nak cerita pasal ex ke, jejaka kacak di opis ke, dan aku expect perkara yang sama dari dia. Jangan buat-buat muncung bila aku puji perempuan lain lawa. 
  8. Jangan mengada-ngada nak periksa sms aku. Kalau nak jugak, jangan cemburu, dan aku jugak akan periksa sms dia.
  9. Jangan jaja nama aku sebagai pakwe. TTM adalah TTM. Nanti jatuhlah saham aku bila nak mengorat orang lain.
  10. Jangan nak guna nama-nama panggilan kecuali bila berdua atau bergurau. Itu pun tidak digalakkan, melainkan memang betul-betul nak jadi couple

Aku rasa ini saja,kot? Ini pun berdasarkan dari pengalaman TTM aku yang mula nak naiktaraf hubungan kami, dan tak lama lepas tu (bila hati aku dah terbuka dan dah mula sayang) tak jadi, dan minta jadi TTM balik pasal ada mamat yang lagi hensem nak kat dia. 

Huhu, sedih woo!

Comments

2 responses to “Teman Tapi Mesra”

  1. Hana : tu la…nama pun Teman Tapi Mesra,kan? kalu dah jeles2 tu dah jadi lain,kan?

  2. hahahhaaa…ok gak tu kan..jgn jeles kalo aku kuar dgn org lain..ya betul!!